Pusat Informasi Kebudayaan Melayu

Sejarah

Tunjuk Ajar

Tokoh

Hidup Tiada Bermaruah

Apabila hidup tiada bermaruah

Kemana pergi dipandang rendah

Hidup sengsara mati pun susah

Akhirnya masuk ke dalam pelimbah 

Tenas Effendy

Maruah Dalam Ungkapan

Apabila hendak menegakkan maruah

Keyakinan diri jangan berubah

Semangat bangkit hati pun tabah

Menghadapi cabaran tidakkan goyah

Hidup terpandang mati bertuah

Tenas Effendy

Santun Bertenggang Rasa

Adat hidup sama serumah

bermulut manis bermuka ramah,

adat hidup sama sekampung

jauhkan sifat angkuh dan sombong

Tenas Effendy

Kesantunan Melayu

Apabila hidup santun dan sopan

Duduk beramai banyaklah kawan

Ke laut ke darat tiada halangan

Hidup sejahtera dirahmati Tuhan

Tenas Effendy